Thursday, May 2, 2013

KESINAMBUNGAN ILMU



Dalam kitab Fiqh al-Aulawiyat, disebutkan bahawa Imam al-Ghazali mencela di dalam satu negeri itu mempunyai 40 orang ahli fiqh tetapi dalam berubat masih merujuk pada seorang tabib Yahudi. Jadinya, tidak patut bagi kita mengenepikan dan meremehkan ilmu yang orang label "ilmu dunia" kerana ia memberi banyak manfaat untuk orang Islam. Kalaulah ia sia-sia, buang masa sahaja al-Khawarizmi, Ibnu Nafis, Ibnu Sina, Al-Razi dan lain-lain mempelajari dan mengkaji "ilmu dunia" ini.

Belajar mendalam "ilmu dunia" bukan bermakna ia menjauhi ilmu agama. Sedangkan "ilmu dunia" ini boleh lebih bagus manfaatnya dari apa orang pandang remeh terhadapnya. Jika ingin berjihad dan merawat luka mujahidin, ilmu apa yang diperlukan untuk merawat? Jika ingin membangunkan bank Islam, ilmu apa yang perlu dikuasai? Jika mahu membina teknologi untuk memudahkan pekerjaan dan kemajuan, ilmu apa yang perlu dimahirkan?

Nak atau tidak, "ilmu dunia" dan agama perlu seiring supaya maslahat untuk umat Islam lebih banyak terjamin dan kebaikannya. Buktikan pada non-muslim itu bahawa Islam bukan agama yang jumud mengkhususkan subjek-subjek tertentu.

Semoga kita memperoleh kebaikan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment