Thursday, May 23, 2013

CERAMAH KHAS : Penyelewengan Syi'ah di Malaysia

السلام عليكم ورحمة الله
Pusat Zon 1 (JAWI) dengan kerjasama MAIAG mengadakan ceramah khas yang bertajuk "Penyelewengan Syi'ah di Malaysia" pada hari Khamis 23 Mei 2013, selepas solat maghrib di dewan solat utama MAIAG. Ceramah akan disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Akhrun bin Musa dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi menambahkan pengetahuan agama, memantapkan aqidah dan mengenalpasti amalan-amalan yang bertentangan dengan perintah Allah, yang telah menyusup masuk ke dalam masyarakat Malaysia, khususnya fahaman Syi'ah. Semoga kita beroleh manfaat dari ceramah ini.

No comments:

Post a Comment