Umat perlu bertekad jauhi perkara cemar akidah agar Islam subur sebagai cara hidup
KALENDAR Islam diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dan sahabat memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam pada tahun Nabi Muhammad SAW dan sahabat berpindah dari Makkah ke Madinah. Ia dipilih kerana menjadi titik mula kejayaan dakwah Islam sehingga tersebar ke seluruh dunia itu diingati serta dirai umat Islam setiap tiba 1 Muharam.
Namun, ada yang melihatnya sebagai sambutan tahun baru umat Islam. Oleh itu, ramai gagal menghayati semangat hijrah yang pada hakikatnya memberi kesan besar terhadap umat Islam. Hijrah tidak tamat selepas berpindah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah seperti ditegaskan oleh sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Hijrah mempunyai banyak maksud antaranya berpindah dari negeri syirik ke negeri Islam seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat. Oleh itu, berhijrahlah daripada kejahilan kepada cahaya Allah.
No comments:
Post a Comment