Tuesday, December 7, 2010

AZAM BARU PADA TAHUN BARU


Umat perlu bertekad jauhi perkara cemar akidah agar Islam subur sebagai cara hidup


KALENDAR Islam diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dan sahabat memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam pada tahun Nabi Muhammad SAW dan sahabat berpindah dari Makkah ke Madinah. Ia dipilih kerana menjadi titik mula kejayaan dakwah Islam sehingga tersebar ke seluruh dunia itu diingati serta dirai umat Islam setiap tiba 1 Muharam.


Namun, ada yang melihatnya sebagai sambutan tahun baru umat Islam. Oleh itu, ramai gagal menghayati semangat hijrah yang pada hakikatnya memberi kesan besar terhadap umat Islam. Hijrah tidak tamat selepas berpindah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah seperti ditegaskan oleh sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Abu Dawud)


Hijrah mempunyai banyak maksud antaranya berpindah dari negeri syirik ke negeri Islam seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat. Oleh itu, berhijrahlah daripada kejahilan kepada cahaya Allah.

ALLAH MATLAMAT KITA


”Selama ini kita selalu kecewa & patah hati apabila kehilangan atau jauh dari perkara2 fana yg dicintai. Sering meminta2 kpd Allah segala perkara dunia, rezeki, harta, anak-pinak, kesihatan, pangkat & jawatan. Tapi… pernahkah kita menangis & merayu untuk mendapat cinta-Nya? Pernahkah kita berasa sedih apabila jauh dari-Nya, hilang perhatian & kasih sayang-Nya? Usahlah memandang remeh kepada kecilnya kelalaianmu, takutilah kepada besarnya Keagungan yang telah kau ingkari. Jadikanlah Allah tujuan tertinggi hidupmu, nescaya segala langkah kehidupanmu akan selalu berada dlm bimbingan-Nya, segala perbuatanmu menjadi tasbih & pengabdianmu kpd Allah…”


“Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri.” (An-Nahl: 49)

HARI KELUARGA MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI 2010


Monday, December 6, 2010

Masjid Al-Imam Al-Ghazali akan mengadakan program sambutan hari keluarga untuk tahun 1431H/2010M. program tersebut akan diadakan bermula 9hb dan 11-12hb Disember 2010. Berikut adalah jadual langkap program ini.

1.Tarikh :- 9hb Disember 2010
Hari :- Khamis
Masa :- 7.30mlm (selepas solat maghrib)
Aktiviti :- Forum perkongsian Gaza
- Solat Isyak
- Jamuan makan

2. Tarikh :- 11hb - 12hb Disember 2010
Hari :- Sabtu dan Ahad
Masa :- 8.30pg - 5.30ptg
Aktiviti:- i.) Sukaneka
a. Acara mewarna dua kategori
- Umur 6-9thn dan 10-12thn (L/P)
b. Acara bawa bola ping pong dalam sudu (4 peserta setiap kumpulan)
- Umur 7-12thn (L/P)
c. Acara isi air dalam botol(4 peserta setiap kumpulan)
- Umur 7-9thn
d. Acara tiup belon
- Umur 7-12thn (L/P)
e. Acara mencari gula dalam tepong
- Umur 9-12thn (L/P)
f. Acara lari berpasangan dengan upih
- Umur 13-17thn (L/P)
g. Acara larian berpasangan dengan ikat kaki
- Umur 13-17thn (L/P)
h. Acara lari dalam guni berkumpulan (4 peserta)
- Umur 18thn keatas (L/P)
i. Acara boling buah kelapa (8 Peserta)
- Umur 18thn Keatas (L/P)
j. Acara Menganyam ketupat (8 Peserta )
- 18thn Keatas
k. Acara sambutan kasih berpasangan (sambut belon berisi air)
- (16P.L dan 16P.P)
- Umur 18 thn keatas
l. Acara tarik tali ( 10 peserta setiap pasukan)
- Lelaki sahaja 2 kategori
- Umur 12-17 thn
- Umur 18 thn keatas
m. Futsal (L)
- Umur 8-12thn
n. Bola tampar (terbuka)
- 18 Keatas
o.Ping pong (Remaja,Dewasa,Veteran)
- 18 Keatas
p.Futsal (Remaja,Dewasa)
- 18 Keatas
q.Bola Jaring(Terbuka)
- 18Keatas


Syarat-syarat dan peraturan pertandingan

1.Terbuka kepada semua warga anak kariah M.A.I.A.G sahaja
2. Borang penyertaan pertandinagan yang telah diisi dan ditandatangan
oleh peserta hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia sebelum
pertandingan bermula (Pejabat Masjid M.A.I.A.G)
3. Penyertaan peserta terhad kepada 2 jenis permainan sahaja
4. keputusan pengadil adalah muktamad
5. Para peserta handaklah berpakaian sopan dan menutup aurat


ii.) Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh
Y.Bhg. Dato' Alang Zari bin Ishak

Bagi tujuan penyertaan acara sukan, borang penyertaan boleh didapati dipejabat masjid M.A.I.A.G
dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pejabat Masjid dalam waktu pejabat 8.30pg -5.30ptg di talian :-

Tel. 03-62801934 - Us. Abdul Halim (Ketua Imam)
- Us. Muhamd Faizal (P.Ketua Imam)
- Us. Mohamad Sayuti (Ketua Bilal)