Muat turun teks khutbah ini di sini.
Thursday, August 14, 2014
Friday, August 8, 2014
Khutbah - EGO PEROSAK SILATURAHIM (08 Ogos 2014)
Friday, July 18, 2014
Khutbah - LAILATUL QADAR YANG DIBURU (18 Julai 2014)
Friday, July 11, 2014
Khutbah - TERBELAKAH KITA DI SANA (11 Julai 2014)
Friday, July 4, 2014
Khutbah - ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR (04 Julai 2014)
Friday, June 27, 2014
Khutbah - RAMADHAN YANG DIRAI (27 jun 2014)
Thursday, June 19, 2014
Khutbah : HIKMAH DISEBALIK KESEMPITAN (20 Jun 2014)
Friday, June 13, 2014
Khutbah : MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR (13 Jun 2014)
Thursday, June 5, 2014
Khutbah : DIRGAHAYU ISLAM DI BAWAH TUANKU (06 Jun 2014)
Sunday, May 25, 2014
Friday, May 23, 2014
Bagaimana Khusyuk?
حَـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ
“Peliharalah kamu (kerjakanlah
dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya
sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam
sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.”
Bagaimana solat seseorang itu dikatakan kusyuk? Kusyuk ialah
menghadirkan diri, tunduk dan patuh kepada Allah di dalam solat.
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman, yang di dalam
solatnya kusyuk.”
Dalam hadis disebutkan, “Ilmu pertama yang diangkat Allah SWT
daripada muka bumi ialah ilmu kusyuk.”
Diangkat oleh Allah bukan bermakna Allah ambil, tak…
sebab dah tak ada lagi orang nak solat kusyuk atau yang memerhatikan kusyuk di
dalam solat sehingga tak lagi wujud di dalam solat al-kusyuk.
Di dalam hadis Nabi SAW diberitahukan nanti di akhir zaman, ada
ramai orang solat tapi tak seorang pun kusyuk, kerana solat orang yang kusyuk
akan tercermin kesan solatnya pada tutur katanya, matanya, telinganya,
tangannya, anggota tubuh badannya, sikapnya kepada orang lain, sebab Allah
berfirman:
“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah seseorang daripada
perbuatan keji dan mungkar.”
Tapi zaman kita sekarang, perbuatan jenayah juga banyak dilakukan
oleh orang yang solat, perbuatan maksiat juga dilakukan oleh orang yang solat.
Bahkan, tidak sedikit orang yang istiqamah solat di masjid, menjadi petugas
kepada masjid (bukan merujuk sesiapa tapi ini realiti) mencuri duit masjid.
Padahal kerjanya di rumah Allah, solat 5 waktu di masjid, di belakang imam. Di
manakah letak silapnya perbuatan mungkar itu? Tiada kusyuk dalam solat!
Kata baginda Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan kepada orang
yang dilihat solat tapi melakukan maksiat, “Kalau solatnya dilakukan dengan benar,
akan mencegah orang itu daripada perbuatan mungkar.”
Memang tidak dinafikan seseorang kerap melakukan kesilapan kerana
itu adalah kelemahan manusia. Tetapi apabila seseorang melakukan maksiat tetapi
tidak menyedari yang perbuatannya itu satu maksiat yang dia perlu bertaubat dan
menginsafinya. Jadi, solatnya perlu disemak.
Ada beza solat sah dengan solat qabul. Solat sah ialah solat orang
yang menunaikan rukun zahir solat. Solat qabul ialah solat yang sah dan kusyuk
di dalamnya. Letak qabul pada solat yang dilakukan seseorang bergantung kepada
kualiti kusyuk orang yang solat itu.
Kalau takbiratul ihram saja yang kusyuk, maka takbiratul ihram
saja yang diganjar Allah.
Kalau dia kusyuk pada fatihahnya, maka Fatihah itu saja yang
diganjar Allah SWT.
Kalau dia kusyuk pada rukuknya, maka rukuk itu saja yang diganjar
Allah SWT.
Nabi ﷺ bersabda, “Allah tidak menerima (menqabulkan)
solat seseorang kecuali sekadar mana dia itu kusyuk dalam solatnya.”
Oleh itu, dalam hal ini pentingnya seseorang untuk menilai,
mencari tahu kualiti solatnya untuk menjadi kusyuk supaya termasuk daripada
golongan orang-orang yang berjaya.
Macam mana seseorang boleh kusyuk? Kita tak faham bahasa Arab…tak
faham apa yang dibaca tuan imam.
Peringkat kusyuk ada beberapa tahap:
Tahap pertama:
Menyibukkan hati dengan lisan dalam setiap pergerakan, bacaan –
hati, kalau ikut bersama lisan bermula dengan niat dan takbiratul ihram sampai
akhirnya, hati boleh ‘follow’ apa yang dibaca lisan dan apa yang dilakukan
anggota badan, walaupun tak tahu erti. Inilah tahap kusyuk yang rendah. ‘Problem’nya,
terutama bagi orang yang sudah biasa jaga solat, lidah ini sudah terbiasa baca
Fatihah dan bacaan dalam solat sehingga lidah ini boleh ‘berjalan sendiri’
untuk baca apa yang dibaca sementara fikiran dan hati kita ‘pergi’
tempat lain. Sedar-sedar sudah Amiin..apa yang dibaca tadi betul dari awal
sampai akhir, tapi dia tak fokus dan tak dengar, cuma sedar pada penghujungnya.
Dalam tahiyyat pun begitu..lisan ‘jalan terus’ tapi hatinya tak
sedar, tak mengikuti apa yang dibaca oleh lisan. Lisan dan hati terpisah.
Demikian juga dengan perbuatan – hati terpisah kerana badan sudah
terbiasa dengan gerakan-gerakan solat. Oleh itu, langkah pertama untuk kusyuk
ialah hati ini boleh ‘follow’ apa yang dibaca oleh lidah dan apa
yang dilakukan oleh tubuh badan.
Tahap kedua:
Berusaha memahami apa yang dibaca daripada zikir dan bacaan dalam
solat, bermula daripada takbirnya, Fatihah serta zikir-zikir yang lain. Setelah
itu, perlu ada usaha ‘al-takalluf’, yakni memaksa kepada hati untuk
mendengar bacaan lidah. Bila hati ikut lisan, faham tak faham, dia ikut saja.
Tapi, bilamana sudah memahami, hati ini tak perlu lagi mengikut kepada lisan.
Seperti saya bercakap sekarang ini, semua yang mendengar boleh memahami apa
yang dicakapkan (tanpa perlu mendengar lafaz demi lafaz). Bilamana disebut ‘Bismillah..’,
hati bukan lagi mendengar lafaz tapi memahami ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.”
Hati ini dilatih untuk mendengar dan memahami. Ini bukan mudah…
silap-silap boleh lupa bacaan pertama dan lompat entah ke mana J Memang
perlu usaha sebab itu adalah fungsi utama syaitan untuk menganggu kepada kita.
Yang tidak sabar akan mengalah, dan kata, “Takpe, kita ambil ‘level’
yang pertama saja”, tapi dia tak menyedari kalau dia mendapat rahsia kusyuk di
dalam solat, dia takkan hendak keluar daripada solat. Memang susah untuk dapat
kusyuk dalam solat. Bercakap memang mudah tapi praktikalnya susah.
Khutbah : SOLAT MIKRAJ ORANG MUKMIN (23 Mei 2014)
Thursday, May 15, 2014
Khutbah : CAHAYA PEMBAWA RAHMAT (16 Mei 2014)
Thursday, March 20, 2014
Khutbah : BUKAN KITA PUNYA (21 Mac 2014)
Thursday, March 6, 2014
Khutbah : SEMBELIHAN HALAL (07 Mac 2014)
Wednesday, February 26, 2014
LALAI vs KHUSYU'
Sebenarnya khusyu' dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ
حَـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ
وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِين
Ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ
سَاهُونَ
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
وَٱسۡتَعِينُواْ
بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ
ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّہُم مُّلَـٰقُواْ
رَبِّہِمۡ وَأَنَّهُمۡ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
|
Subscribe to:
Posts (Atom)