Friday, July 9, 2010

Ceramah Israk Mikraj

CERAMAH :ISRAK dan MIKRAJ

Tajuk Ceramah :“Israk Mi’raj: Relevensi Dengan Pembinaan Masyarakat Maju”
oleh : PROF DATUK DR MOHD YUSOF OTHMAN - (Pensyarah UKM & TOKOH MA’AL HIJRAH 1427)
TARIKH : KHAMIS, 3 SYAABAN 1431 @15 JULAI 2010
MASA : JAM 8.00 MALAM
TEMPAT : SURAU ANSORULLAH, JALAN 25/62B, B. MENJALARA B, KEPONG. KL

Sukacita kami, AJK Surau Ansorullah, menjemput Tuan/Puan/Saudara/Saudari hadir ke majlis tersebut.

Tuesday, July 6, 2010

Ekspedisi Ledang - Bahagian 1

Peserta ekspedisi mendengar taklimat asas pendakian

Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Al-Imam Al-Ghazali telah menganjurkan Program Kem Ibadah REHLAH Remaja selama tiga hari berturut-turut bertempat di Gunung Ledang, Johor Darul Takzim.

Program ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Abdullah, Penyelaras Kanan Zon 1. Turut serta, Ustaz Mohd Akmal bin Elias (Pengarah Program), Ustaz Ahmad Hafiz Bin Abd Kadir (Timbalan Program), Ustaz Mohamad Sayuti Bin Abu Samah (Setiausaha) dan Ustaz Abdul Muhaimin Bin Abdullah (Bendahari).
Seramai 46 orang ahli turut serta dalam program Kem Ibadah ini termasuk 10 orang pegawai dan 36 remaja lelaki dari Sembilan kariah masjid zon di zon 1 yang terdiri daripada empat orang remaja setiap satu masjid, berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.Kem Ibadah Remaja ini dirangka khusus bagi membantu remaja membina kecemerlangan diri menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia disamping meningkatkan motivasi peserta, serta bagi membimbing peserta mengenai tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah

Seramai 46 orang ahli turut serta dalam program Kem Ibadah ini termasuk 10 orang pegawai dan 36 remaja lelaki dari Sembilan kariah masjid zon di zon 1 yang terdiri daripada empat orang remaja setiap satu masjid, berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun



Ekspedisi Ledang - Bahagian 2

Ibadah tidak dilupakan dimana berada

Kem Ibadah Remaja ini dirangka khusus bagi membantu remaja membina kecemerlangan diri menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia disamping meningkatkan motivasi peserta, serta bagi membimbing peserta mengenai tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah.



Dengan pengisian Program Agama di dalam ekspedisi pendakian ini secara tidak langsung menarik minat remaja untuk mendekatkan diri dengan masjid


Porgram ini secara tidak langsung membentuk jati diri peserta ekpedisi

Program ini diadakan secara kerjasama di antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan serta masjid-masjid di Zon 1 bagi meningkatkan lagi program-program yang berfaedah kepada belia khususnya masyarakat Islam setempat untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan anak kariah dengan kakitangan masjid




Ekspedisi Ledang - Bahagian 3


Peserta mendirikan kemah ditapak perkemahan


Disamping itu peserta ekspedisi diberi taklimat oleh salah seorang fasilitator tentang penjagaan tingkah laku ketika berada di tapak perkemahan dan di dalam hutan



peserta ekspedisi dilatih untuk berkerja secara berpasukan bagi mendirikan kemah
hasil dari kerjasama yang baik diantara peserta yang berlainan masjid kemah dapat didirikan dengan sempurna


nilai-nilai baik yang cuba diterapkan dalam diri setiap peserta ekpedisi merupakan satu tanggungjawab yang murni bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada negara






Ekspedisi Ledang - Bahagian 4

Peserta ekspedisi sampai kepuncak gunung ledang
















Ekspedisi Ledang - Bahagian 5

Selepas menawan puncak peserta ekspedisi turun ke kolam Gajah