Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang.
Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu). Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi.
Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar) dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.
Sahabat penulis sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan (di dalam gambar) yang telah dikorek itu adalah untuk ibu saudara sahabat penulis yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, beliau berpeluang melihat mayat walaupun sekerat badan sahaja (sebahagian lagi ditimbus tanah).
Mayatnya seperti baru ditanam semalam dengan daging serta otot-otot tangan dan kaki kelihatan seolah masih 'segar' lagi. Disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnya, kain kafan yang basah dan melekat pada tubuhnya memperlihatkan betapa kuasa Allah kadangkala melewati batasan logik akal manusia. Kain putih yang membaluti jasad juga seolah 'terpelihara'. Jika dilihat pada gambar yang dilampirkan, dibahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah.
Kisah ini sewajarnya dijadikan renungan untuk semua... bagaimana pula keadaan kita di kubur nanti? Kala jasad bersendirian tanpa taulan selain amal jua... ingatlah, janji Allah tetap benar. Dia akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.
أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا يَتَذَڪَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ ٱلنَّذِيرُ..؟
Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran (peringatan)...
Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran (peringatan)...