Tarikh ; 28 Ma 2010
Jam: 9 Pagi
Lokasi : Dewan Al-Imama Al Ghazali, Masjid Al Imam Al Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong.
Semua ahli dijemput hadir.
Sunday, March 28, 2010
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 Pertubuhan Khairat Kematian
Monday, March 15, 2010
SURAT PELANTIKAN AJK BARU MAIAG 2010/2011
Sunday, March 14, 2010
Sambutan Maulidur Rasul 1431H
Masjid Al Imam Al Ghazali (MAIAG), Bandar Menjalara, telah mengadakan program Sambutan Maulidur Rasul peringkat masjid pada 7hb Mac 2010 yang lalu dengan tema “Cinta Rasul”. Program ini terbahagi kepada dua. Pada sebelah siang telah diadakan Selawat Nabi s.a.w. dan sebelah malam pula ialah acara kemuncak dengan diadakan Forum. Objektif sambutan ini ialah:-
1) Meningkatkan rasaaa kecintaan sejati dan mendalam terhadap Rasulullah s.a.w untuk sentiasa mengingati Baginda.
2) Memupuk kesedaran dan keperihatinan untuk menjadikan Baginda contoh ikutan yang terbaik dan mengamalkan ajarannya dengan penuh ketaatan dan keikhlasan
3) Menggerakkan silaturahim di kalangan ahli-ahli kariah MAIAG melalui pertemuan serta penglibatan dan kerjasama dalam menjayakan program sambutan seperti ini.
Pertandingan Selawat Nabi s.a.w. telah bermula dari jam 2.30 petang. Pertandingan ini telah dibahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Kategori lelaki telah disertai oleh 6 pasukan. Pasukan-pasukan tersebut ialah Harmony Voices, Kumpulan al-Hidayah, Band of Ikhwah, Al-Fateh, Wadah al-Ghazali dan Bunkface Islamik. Manakala penyertaan dalam kategori wanita telah disertai oleh 8 pasukan dan pasukan-pasukan tersebut ialah Wanita al-Hidayah, Ghayyir Nafsaka, Kumpula Helwa MAIAG, De’ Humaira, Magnificent 5, Kumpulan Al-Huda, Fikratul Mujahidah dan Puteri An-Nur Surau KIP. Semua penyertaan ini adalah terdiri dari kalangan qariah masjid ini. Pertandingan ini telah dihakimi oleh Ustaz Mujahidin, Ustaz Fathullah dan Che Amran (Raihan). Setiap pasukan hanya dibenarkan mempersembahkan lagu-lagu selawat dalam masa 8 minit sahaja.
Pada sebelah malam diadakan acara kemuncak iaitu Forum Khas. Walaubagaimanapun sebelum forum diadakan, upacara sebelah malam diadakan dengan ucapan Pengerusi Masjid iaitu Dato’ Alang Zari.

Kemudian ianya diikuti dengan persembahan Qasidah dan Selawat Nabi s.a.w oleh Kumpulan Pelajar Sek. Men. Keb. Agama Kuala Lumpur. Selepas itu ia diikuti dengan Forum Khas bertajuk “Cinta Rasul”. Panel forum ini ialah Ustaz Zawawi Yusof (UIAM) dan Ustaz Roslan Mohamad (UM). Manakala moderatornya pula ialah Ustaz Mohd Ajib Ismail (JAKIM).
Saturday, March 13, 2010
GOTONG ROYONG BERSAMA DBKL DAN ALAM FLORA
Subscribe to:
Posts (Atom)